Abstract


Indonesia merupakan salah sebuah negara di dunia yang paling terdedah kepada bencana alam yang mengakibat pelbagai kerosakan muka bumi, kemusnahan harta benda di samping mendatangkan kecerderaan fizikal serta gangguan emosi dan psikologi. Keadaan ini jika tidak ditangani dengan kaedah yang tepat boleh mendatangkan masalah kesihatan mental dan psikososial di kalangan mangsa bencana. Kajian kuantitatif deskriptif ini bertujuan untuk melihat profil kaunselor, peranan, pengetahuan, dan minat dalam mengendalikan perkhidmatan kaunseling pasca bencana. Hasil kajian mendapati bahawa 69%, responden pernah terlibat dalam kaunseling pasca bencana manakala 58.6% tidak mempunyai latihan asas dalam kaunseling pasca bencana. Dapatan kajian juga mendapati 100% responden berminat dan memerlukan latihan khusus dalam memberi perkhidmatan kaunseling pasca bencana. Implikasi dari kajian ini seterusnya membincangkan peranan kaunselor dalam perkhidmatan kaunseling pasca bencana, keperluan garis panduan dan latihan khusus kaunseling pasca bencana di Indonesia.


Keywords


Kaunseling pasca bencana, kesihatan mental, kemurungan, kebimbangan, tekanan, Post Traumatic Stress Disorder, bencana